SELAMAT DATANG DI MANISNYA HIDUP

SELAMAT DATANG DI MANISNYA HIDUP

Jumat, 12 Februari 2016

hii................hii..............hii serrrem


Friday, June 12, 2015

Pengalaman Seram Hantu Jepun di Sekolah Asrama



Tempat: Sekolah Asrama (aku lupa kat mana)
Mangsa: Member aku
Tukang kacau: Hantu Jepun

Biar aku tukarkan member aku tu kepada 'aku' supaya senang nak cerita dalam ni. Macam tak feel lak kalau aku guna ayat member aku.. member aku...

Seperti kebiasaan, kalau dah hidup dalam asrama ni, toilet merupakan tempat yang sibuk apabila toilet kecik tetapi ramai orang yang join. So, nak dijadikan cerita..aku bersama member seasrama cuba untuk tidak berebut-rebut dengan pelajar2 yang lain lalu kami mengambil keputusan untuk mandi awal. Member aku ni ada kat tingkat atas (katil) manakala aku kat bawah.

So, pada malam tu takde laa jadi apa-apa kekacauan. Seperti yang dijanjikan, pada pagi tu.. aku pun tersedar. Aku pun apa lagi, tendang laa papan lapis kat katil atas tu supaya member aku ni bangun. Dan ternyata, cara aku itu menjadi. Member aku ni bangun dan ambil perkakasan untuk ke bilik air. Aku pun macam biasa, ambil jugak perkakasan aku tadi.

Aku ada gak menegur untuk berbual-bual, tapi member aku ni senyap tanpa berkata apa-apa. Dier terus keluar menuju ke bilik air tanpa menunggu aku. Jarak bilik air dan dorm tu agak jauh juga. Jadi aku berlari-lari anak untuk kejar member aku ni. Kejar punya kejar, sampai laa ke toilet...

Member aku ni, dah macam gosok gigi. Aku pun gosok laa gigi, sambil-sambil tu aku tegur laa dier. "Ko ni laju sangat, tak sabar-sabar nak tunggu aku..." Tapi ternyata member aku ni tak cakap apa-apa. Tapi lama ke lamaan, aku terdengar sesuatu yang agak luar biasa. Aku terdengar bunyi "Kruuukkk kraaakkkk krukkk krakkkk".

Aku tanya laa member aku ni, "ngko dengar tak bunyi tu...". Member aku ni senyap je. Aku pun dengar bunyi tu makin kuat. Aku pun cakap laa sekali lagi sambil beralih muka untuk tengok member aku. Aku apa lagi.. terkejut beruk laa. Ternyata bunyi "krukk krakkk krukkk krakk" tu datang dari member aku. Di depan aku terpacul satu tubuh yang aku sangka kawan se'dorm'. Di tangannya memegang pisau dan melakukan gerakan seperti mengosok gigi. Mukanya boleh dikatakan separa kulit, separa tengkorak.

Aku apa lagi.. terus cabut lari. Aku memang lari lintang pukang. Nasib aku tidak baik kerana masa aku berlari tu, aku terlanggar dawai ampaian. "Zraaappp" dawai ampaian terkena kat tengkuk, dan selepas tu aku memang tak sedarkan diri. Alih-alih dengar, ada pelajar-pelajar lain kejutkan aku yang memang pengsan dek penangan dawai ampaian.

Itu lah serba sedikit cerita dari kawan sebilik aku. Sekian, nanti aku sambung citer lain pulak. Hehe.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar